Welcome

Welcome

About Me

Nama : Nik Mohd Fadli Bin Nik Hamat, Callsign : 9W2 DIG, Bandar : Kemaman, Negeri : Terengganu, Negara : Malaysia. Tel : +6019-9139001 Email : nik3114@yahoo.com

Thursday, October 8, 2009

XTVT MEMASANG ANTENNA DI BASE ABG JAB

Pada 3 Okt 2009 rakan-rakan telah bergotong-royong menaikkan antenna baru di Base Abg Jab di Jalan Tekukur, Kuala Terengganu. Satu pencapaian yang baru untuk Abg Jab kerana ' up grade " kemampuan untuk terbang lebih jauh.


Kelihatan 9w2 SIK - Tok Wan dan 9w2 OKT Pak Syah memegang tiang antenna untuk didirikan



Dibantu oleh 9w2 HHA - Man UMT



Ok tolak kuat sikit, hati-hati nanti ada yang terkentut plak kang pasal kuat sangat tolak.



Bahagian bumbung - 9w2 YAY, 9w2 KTR dan tuan empunya base. Ketinggian antenna mulanya mencecah 78 kaki tetapi hilang 20 kaki akibat tiang tengah patah semasa proses mendirikan tiang. Ini kerana bumbung base agak rendah dan tak dapat guna jentera bantuan.



Ok, tolak kuat-kuat, kami tengah tarik ni.



Jang, apa yang ternganga tu, ekau jolok apa dengan galah tu.



Antenna dah selamat didirikan, apahal yang tiang nampak senget tu, Abg Jab ooi.



Ok, dah tegak dah



 " Hmm, hensem tak aku "
Jang, kalau ekau nak turun, kena terjun je.



Bersandar kepenatan selepas selesai mendirikan tiang antenna.



" Tok Wan, cuba simplek ke Johor ke Bali ke, dapat tak ", tanya 9w2 KCG



" Aii, laparnya, mana Abg Jab ni, takkan tak dok pizza ke steak ke " .



CQ CQ mana-mana rakan di jaluran, 9w2 Sierra India Kilo memanggil CQ CQ.

Apasal terlopong tu Pak Syah, nampak apa ?



Tok Wan ni macam nak telan je handy tu, fikir 9w2 HHA - Man


Ambo ni kalu bab makan tak tolak



Bereh doh ni, ambo nak balik dulu ah,

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, antenna siap dipasang mencecah langit. Abg Jab tersenyum kepuasan, terima kasih rakan-rakan kerana kerjasama dan sokongan anda semua.

EKSPEDISI CINTAI KHAZANAH KITA HULU BESUT 2009

Pada tanggal 14 - 15 Ogos 2009 Saya bersama 9w2 KCG, 9w2 WSY, 9w2 XMN, 9w2 WLT dari localan K/Trg dan SWAL Man dari K/Brg telah bersama-sama menyertai XPDC 4X4 Cintai Khazanah Kita di Hulu Besut yang dianjurkan oleh Belantara 4X4 Adventure Team dari Besut. Lebih kurang 60 buah pacuan empat roda pelbagai jenis dari localan K/Trg, Besut dan Kota Bharu turut sama dalam konvoi ini. Dalam program ini, kami telah melalui laluan yang agak sukar dan menguji minda serta kecekapan pemanduan 4X4.


Cabaran pertama menuruni longkang 'V' di mana jambatan kayu asal runtuh.

Beberapa halangan terpaksa ditempuhi, ini menyebabkan beberapa kenderaan telah mengalami kerosakan kecil dan calar-calar pada badan kenderaan terutama kenderaan yang standard dan belum diubahsuaikan. Ini telah menyuntik semangat kami yang menggunakan kenderaan standard untuk mencontohi rakan-rakan dari localan Besut untuk menyesuaikan kenderaan dengan pengubahsuaian yang sesuai.


Menuruni cerun jambatan runtuh.



Selepas penat mengharungi cabaran dan laluan yang agak sukar, kami bermalam di air terjun Lata Kalong, Besut. Pada masa sampai di tempat bermalam, hujan turun dengan agak lebat dan berlanjutan hingga ke malam hari. Basah kuyup semasa mendirikan khemah dan memasak makanan untuk hidangan malam. Selepas itu, masing-masing bersantai dan ada yang memperdengarkan audio memecahkan keheningan malam di Lata Kalong dengan set karaoke yang dibawa khas sempena entertainment malam. Malangnya lain-lain aktiviti dan sukan tak dapat dijalankan kerana hujan pada sebelah petangnya.

 
SWAL Man dengan 9w2 XMN sedang mengadap hidangan malam.

9w2 XMN - Cikgu Nasir tersadai kekenyangan

9w2 WSY - Pak Wan nampak macam pegang sosej.

9w2 WLT - Najei sedang mencuba resepi yang dipelajari dengan XYLnya untuk sajian rakan-rakan

Dalam mengharungi cabaran yang sukar di laluan " Off Road " ini, banyak perkara telah dipelajari dan keseronokan yang sukar digambarkan terpancar di wajah masing-masing. Begitu juga dengan keluarga serta anak-anak kecil yang turut sama menyertai konvoi ini.

Keesokan harinya kami telah bergerak keluar dari kawasan perkhemahan dan berlepas balik ke localan masing-masing. Kepuasan jelas tergambar di wajah masing-masing setelah melalui cabaran dan rintangan semasa xpdc tersebut walaupun keletihan dan kepenatan.


Harmonic yang keletihan


Tengah cas semula bateri yang weak


 Sekian sahaja sedikit catatan dan gambar-gambar yang sempat diambil semasa menyertai konvoi Cintai Khazanah Kita 4X4 Hulu Besut 2009 dengan kerjasama ADUN Hulu Besut, YB Nawi. Insyaallah jika ada masa dan berkesempatan, xpdc seperti ini tidak adan dilepaskan. SEKIAN ///

Wednesday, October 7, 2009

SUASANA RAYA DI BASE IBUNDA DI KG KUAU, BACHOK, KELANTAN

Isnin, 2009 September 21


Meriahnya Aidilfitri



Keluarga dari adik beradik dari Ipoh dan Kuala Kubu Baru



Keluarga Mak Saudara dari Besut Terengganu

Tuesday, October 6, 2009

XPDC 4X4 KE HUTAN BELUM, GRIK PERAK.

Pada 7 - 8, Ogos 2009 Kelab 4x4 Tok Janggut dari Pasir Putih Kelantan telah menganjurkan ekspedisi ke Hutan Belum, Perak. Perjalanan konvoi sebanyak 20 buah pacuan empat roda bermula di depan Hotel Tok Janggut, Pasir Putih. Konvoi ini disertai bersama oleh keluarga termasuk anak dan isteri masing-masing.

QTR 1000 hrs, 7 sept - Peserta Konvoi Berkumpul










Taklimat perjalanan sedang diberikan oleh Chief konvoi 9W2 YYU

Peringkat pertama semasa dalam perjalanan melalui lebuh raya Pasir Putih - Machang. Dari Machang kami terus menuju ke Grik melalui lebuh raya Jeli.

Berehat seketika di pandangan indah Titiwangsa.


Harmonic yang begitu teruja dapat mengikuti konvoi



Pengalaman yang paling menyukarkan apabila pacuan empat roda saya mengalami putus timing belt kecil namun masih boleh diperbaiki dan diteruskan perjalanan. Nasib baik 9W2 KYA Pok Ya ada bersama semasa kejadian tersebut. Bayangkan pada masa itu, kami sedang dalam perjalanan "off road" dalam lebih kurang empat jam perjalanan di dalam hutan rimba yang berbukit bukau.


Kami selamat sampai di lokasi apabila QTR menhampiri 1900 hrs, tempat bermalam adalah di tapak lama kem balak dan si tepinya ada aliran air terjun yang indah.



Hasil pancingan yang lumayan



Kaki Pancing



Kesian harmonic keletihan mendaki bukit ke anak sungai.

QTR 1430 hrs, 8 sept - Selepas selesai aktiviti di tapak perkhemahan, kami betolak balik dan singgah di perkampungan orang asli di pinggir Tasik Banding untuk menyampaikan sumbangan pakaian dan makanan kepada penduduk orang asli di situ.










Wakil penduduk orang asli yang menerima sumbangan.

Sebaik selesai acara di situ, kami segera bergerak keluar dari kawasan perkampungan memandangkan hari semakin mendung dan kami terpaksa meredah hujan di dalam laluan berbukit sebelum dapat keluar ke lebuh raya. Dalam perjalanan balik sempat pula berkenalan dengan Cikgu Baha 9W2 BBM di Jeli dan singgah minum walaupun beliau agak QRL pada masa itu. Terima kasih Cikgu Baha.

Setelah berpisah dengan rakan-rakan dari lokalan Pasir Putih, saya dan Pok Ya meneruskan perjalanan balik ke Kuala Terengganu. Sempat singgah makan sup gear box di sebelah IKM Besut, fuh memang power giler.
Sempat berjumpa dengan Poksu Li 9W2RLL dan Pak Lah 9W2LNK. Pak Lah ni sebenarnya orang kampung saya rupanya iaitu Kg Kuau, Bachok Kelantan, tetapi semasa saya belum berhijrah, beliau tinggal di tempat lain dan sekarang baru menetap semula di kampung halaman. Gembira dapat berjumpa rakan-rakan dan orang kampung di warung sup gear box.

Saya dan Pokya sampai di Base masing-masing apabila menghampiri QTR 0130 hrs.

Demikianlah pengalaman pertama saya konvoi 4x4 dengan pacuan empat roda sendiri bersama keluarga.