Cabaran pertama menuruni longkang 'V' di mana jambatan kayu asal runtuh.
Beberapa halangan terpaksa ditempuhi, ini menyebabkan beberapa kenderaan telah mengalami kerosakan kecil dan calar-calar pada badan kenderaan terutama kenderaan yang standard dan belum diubahsuaikan. Ini telah menyuntik semangat kami yang menggunakan kenderaan standard untuk mencontohi rakan-rakan dari localan Besut untuk menyesuaikan kenderaan dengan pengubahsuaian yang sesuai.
Menuruni cerun jambatan runtuh.
Selepas penat mengharungi cabaran dan laluan yang agak sukar, kami bermalam di air terjun Lata Kalong, Besut. Pada masa sampai di tempat bermalam, hujan turun dengan agak lebat dan berlanjutan hingga ke malam hari. Basah kuyup semasa mendirikan khemah dan memasak makanan untuk hidangan malam. Selepas itu, masing-masing bersantai dan ada yang memperdengarkan audio memecahkan keheningan malam di Lata Kalong dengan set karaoke yang dibawa khas sempena entertainment malam. Malangnya lain-lain aktiviti dan sukan tak dapat dijalankan kerana hujan pada sebelah petangnya.
SWAL Man dengan 9w2 XMN sedang mengadap hidangan malam.
9w2 XMN - Cikgu Nasir tersadai kekenyangan
9w2 WSY - Pak Wan nampak macam pegang sosej.
9w2 WLT - Najei sedang mencuba resepi yang dipelajari dengan XYLnya untuk sajian rakan-rakan
Dalam mengharungi cabaran yang sukar di laluan " Off Road " ini, banyak perkara telah dipelajari dan keseronokan yang sukar digambarkan terpancar di wajah masing-masing. Begitu juga dengan keluarga serta anak-anak kecil yang turut sama menyertai konvoi ini.
Keesokan harinya kami telah bergerak keluar dari kawasan perkhemahan dan berlepas balik ke localan masing-masing. Kepuasan jelas tergambar di wajah masing-masing setelah melalui cabaran dan rintangan semasa xpdc tersebut walaupun keletihan dan kepenatan.
Harmonic yang keletihan
Tengah cas semula bateri yang weak
Sekian sahaja sedikit catatan dan gambar-gambar yang sempat diambil semasa menyertai konvoi Cintai Khazanah Kita 4X4 Hulu Besut 2009 dengan kerjasama ADUN Hulu Besut, YB Nawi. Insyaallah jika ada masa dan berkesempatan, xpdc seperti ini tidak adan dilepaskan. SEKIAN ///
No comments:
Post a Comment